KUALA LUMPUR: Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mendapatkan penjelasan sendiri daripada Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran berhubung desas-desus mengenai kemungkinan parti itu bekerjasama atau menyertai Perikatan Nasional (PN). Perkara ini setelah Vigneswaran berkata, bahawa MIC tidak menolak kemungkinan partinya bekerjasama atau menyertai PN. “Saya akan tanya kepada beliau sendiri,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Majlis Ensiklopedia Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta…