PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada agar tidak terpedaya dengan kewujudan akaun palsu yang menyamar sebagai Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) dalam platform media sosial. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya telah mengesan dua pautan akaun Facebook palsu pada 30 Ogos lalu yang menggunakan nama dan imej NSRC bagi tujuan penipuan. “Berikut adalah pautan yang dikenal pasti:…