PITAS: Seorang warga emas lelaki melecur di bahagian leher dan lengan tangan kanan selepas rumah sewa didiami musnah dalam kebakaran di Kampung Perpaduan Saab dekat sini, semalam. Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pitas, Gabuh Maradan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.17 malam dan menggerakkan tujuh anggota bersama dua aset bomba ke lokasi kejadian. “Operasi memadam kebakaran dijalankan membabitkan dua rumah sewa jenis tidak kekal. Seorang mangsa…