TAWAU: Seorang wanita warganegara China didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghantar mesej ugutan bom palsu kepada sebuah syarikat penerbangan, minggu lalu. Tertuduh, Liu Jinqi, 28, membuat pengakuan itu dihadapan Majistret, Dayang Aidaku Amira Aminuddin sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin. Mengikut pertuduhan, Liu didapati telah menghantar ugutan jenayah terhadap syarikat penerbangan AirAsia melalui aplikasi layan diri ‘Ask Bo’ dengan mesej ‘human…