PETALING JAYA: Volum transaksi kediaman pada tahun depan dijangka meningkat tiga hingga lima peratus berbanding keseluruhan 2025, didorong oleh subsidi bersasar, pelaburan besar dalam infrastruktur dan inisiatif pertumbuhan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, pembeli rumah pertama dan pembeli dalam segmen harga pertengahan rendah juga dijangka memacu pertambahan volum transaksi. “Kami menjangkakan lebih banyak rumah mampu milik untuk…