Usia tribunal anti-buli dicadang dihadkan 18 tahun

Usia tribunal antibuli dicadang dihadkan 18 tahun

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Usia bagi tribunal antibuli dicadangkan kepada bawah 18 tahun sahaja sebagaimana dibangkitkan Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Azalina telah memaklumkan bahawa antara perkara yang dibangkitkan oleh Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM adalah keperluan menghadkan usia bagi tribunal antibuli ini kepada 18 tahun,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, Azalina juga memaklumkan, siri Mesyuarat Mengenai Usaha-usaha Memperkukuh Mekanisme Pencegahan Buli di Malaysia akan diteruskan pada minggu hadapan bagi meneliti aspek-aspek berkaitan perancangan untuk melaksanakan tribunal antibuli.

Fahmi berkata, Azalina turut memaklumkan bahawa siri jelajah dan libat urus akan dianjurkan bagi mendapatkan maklum balas awam mengenai proses penubuhan tribunal itu.

“Jelajah itu akan bermula di Kuala Lumpur sebelum digerakkan ke seluruh negeri dalam usaha mendapat lebih banyak maklum balas dan input daripada orang awam,” katanya.

Katanya, mesyuarat pertama semalam telah dihadiri ketua-ketua setiausaha dan ketua pengarah bagi membincangkan usaha termasuk ke arah penubuhan sebuah tribunal antibuli.

Mesyuarat Mengenai Usaha-usaha Memperkukuh Mekanisme Pencegahan Buli di Malaysia semalam turut bersetuju melantik Azalina sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Isu Buli, yang menjadi platform utama bagi menyelaras tindakan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.

Mesyuarat itu juga telah meneliti beberapa perkara utama termasuk memperkukuh kerangka undang-undang sedia ada dengan memasukkan elemen pemulihan dan perlindungan kanak-kanak, bukan hanya berfokus kepada aspek penghukuman.

Selain itu, turut dibincang penelitian cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Tribunal Anti-Buli sebagai badan separa kehakiman bagi mengendalikan kes buli, khususnya melibatkan pelajar dan kanak-kanak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN