Undur diri, Elly Mazlein pilih beri peluang pendatang baharu

Undur diri, Elly Mazlein pilih beri peluang pendatang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya akan buat kenyataan pengunduran diri daripada sebarang program anugerah.”

Demikian respon dari Elly Mazlein selepas seorang peminat menyatakan hasrat untuk mengundinya dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-37 sekiranya namanya tersenarai sebagai calon.

“Alhamdulillah, saya sudah merasa kemenangan itu sebelum ini, kini saya ingin memberi ruang dan peluang kepada pengacara lain. Bagi saya, cukuplah sekadar menang di hati masyarakat. Saya akan terus berada dalam industri ini,” ujarnya.

Kenyataan tersebut dikongsi menererusi hantaran di Instagram milik Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Kepom.

Selebriti dan pengacara, Elly Mazlein membuat pengumuman rasmi bahawa dirinya tidak lagi akan menyertai mana mana program berbentuk anugerah.

Elly, atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi,44, berkata dia sudah berpuas hati selepas pernah meraih trofi Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-35.

Bagi Elly, apa yang lebih utama bagi dirinya adalah terus kekal menjadi anak seni yang menghiburkan orang ramai dan sentiasa memenangi hati para peminat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN