KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin boleh memberi nilai tambah kepada parti itu khususnya memberi keyakinan baharu dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, nilai tambah tersebut meliputi pengalaman Khairy itu pernah memegang jawatan dalam kabinet dan jawatan lain sekali gus pucuk kepimpinan wajar mempertimbangkan rayuan bagi mengukuhkan kedudukan parti. Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada kesahihan sama ada Khairy benar-benar telah…