ALOR SETAR: Ulama Pas diingatkan agar tidak hanya sekadar mengajar dan mengeluarkan fatwa tetapi menjadi penyelesaian kepada permasalahan semasa termasuk dalam soal ekonomi dan pentadbiran Islam. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya berkata, pihaknya melalui Institut Kajian Islam dan Strategik (IKIS) dan institusi-institusi pengajian tinggi di bawah Pas perlu membentuk kumpulan pakar berstatus ‘think-tank‘ (pasukan pemikir). Katanya, kumpulan itu boleh menawarkan solusi yang tuntas dan praktikal menurut neraca ilmu…










