NARATHIWAT: Tujuh letupan bom menggegarkan tujuh daerah di tiga wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani sejak tengah malam kelmarin hingga awal pagi semalam dengan dua kecederaan dilaporkan. Kejadian itu turut disertai tindakan pembakaran tayar kenderaan di jalan utama di ketiga-tiga wilayah tersebut yang dilakukan oleh kumpulan tidak dikenali. Sumber keselamatan berkata, kejadian pertama di Narathiwat itu berlaku di Mukim To Deng, Daerah Sungai Padi apabila tayar dibakar di…