KUALA LUMPUR: Isu buli dijangka menjadi antara perbahasan serius pada sidang Dewan Rakyat akan datang selepas semua laporan daripada siri Townhall Hentikan Buli diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, laporan berkenaan perlu dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat, Yeo Bee Yin sebelum dibentangkan untuk perbahasan di Parlimen. Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan hasil perbincangan tidak sekadar…