KUALA LUMPUR: Timor-Leste menyatakan kesediaannya untuk menggalas tanggungjawab sebagai ahli penuh ASEAN pada Oktober ini dengan menegaskan komitmen untuk menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau. Ahli Parlimen Timor-Leste, Maria Fernanda Lay berkata, pihaknya telah menubuhkan jawatankuasa khas di Parlimen Kebangsaan bagi memantau proses penyertaan dan memastikan semua prosedur serta keperluan untuk menjadi negara anggota ASEAN dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Katanya, ia menggambarkan bahawa penyertaan Timor-Leste bukan sekadar inisiatif politik…










