PETALING JAYA: TikTok Shop, platform e-dagang Malaysia menyuntik dana tambahan bernilai RM20 juta ke dalam ekonomi digital tempatan melalui #JomLokal Booster Stimulus Package bagi meningkatkan sokongan terhadap Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) serta produk keluaran tempatan. Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz berkata, sejak 2023 sumber dan pendedahan khusus disalurkan kepada ribuan PMKS Malaysia melalui inisiatif #JomLokal telah mendorong pertumbuhan mampan produk buatan tempatan. …