Warga asing melombong emas secara haram di Sungai Seting

Warga asing melombong emas secara haram di Sungai Seting

ehati
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan kegiatan perlombongan emas haram di kawasan ladang kelapa sawit di Sungai Seting, Kelantan selepas tiga warga asing ditahan hari ini.

Operasi bersepadu bermula pukul 5.30 pagi itu dijalankan hasil risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan.

Komander PSP, Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof berkata, tiga suspek lelaki terdiri daripada dua Myanmar dan seorang Indonesia disyaki menjalankan aktiviti melombong emas tanpa permit serta gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.

Menurutnya, pasukan serbuan telah meramas sebuah jentera ‘hydraulic excavator’ serta beberapa mesin dan peralatan perlombongan dengan jumlah keseluruhan dianggarkan bernilai RM510,021.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965. 

“Semua suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala barang rampasan disita oleh PTG Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, operasi itu menekankan pendekatan lebih bersepadu dengan penglibatan pelbagai agensi.

Jelasnya, operasi sebegini membuktikan komitmen PDRM bersama agensi penguatkuasaan lain dalam membanteras kegiatan perlombongan haram yang merugikan negara. 

“Kita akan terus mempergiatkan operasi bersepadu dari semasa ke semasa agar sumber khazanah negara sentiasa terpelihara,” ujarnya.

Tambahnya, tindakan bersepadu ini bukan sahaja memberi impak dari sudut penguatkuasaan, malah menjadi mesej jelas bahawa sebarang cubaan untuk menceroboh atau mengeksploitasi hasil bumi tanpa kebenaran undang-undang akan diambil tindakan tegas. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN