PETALING JAYA: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan tiga lelaki warga India kerana menyeludup minuman keras tanpa cukai bernilai RM578,250. Suspek ditahan dalam Op Taring oleh Unit Risikan Marin (URM) Pelabuhan Klang Selangor bersama Unit Selam Gempur Marin (Ungerin), pukul 3 petang semalam. Komander PPM Wilayah Satu Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, semasa melakukan rondaan, anggota bertugas telah terserempak sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan dan mengekorinya hingga ke sebuah kawasan…