PETALING JAYA: Perbezaan pandangan dalam wacana awam tidak seharusnya dijadikan asas untuk siasatan jenayah berhubung tindakan polis menyiasat Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) susulan kenyataan mengenai cadangan pemansuhan sistem matrikulasi. Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek berkata, kenyataan Umany yang mencadangkan penggunaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai penanda aras tunggal kemasukan ke universiti awam perlu dilihat sebagai sebahagian daripada perbincangan dasar, bukannya kesalahan jenayah. “Siasatan ini keterlaluan,…








