Tidak pernah terfikir untuk jadi ahli politik - Bella Astillah - Utusan Malaysia

Tidak pernah terfikir untuk jadi ahli politik – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bella Astillah, 31, tidak merancang untuk bertukar bidang ke dunia politik meskipun pelakon dan penyanyi ini aktif dalam aktiviti dan program kemasyarakatan.

Kata Bella dia selesa dengan kerjayanya sekarang yang turut membuka banyak peluang untuk menyumbang kepada komuniti.

“Memang saya tidak pernah terfikir untuk jadi ahli politik. Jauh sangat nak ke arah itu.

“Ramai juga yang terlibat dalam program kemasyarakatan cuma mereka tidak kongsikan pembabitan mereka itu dalam media sosial.

“Saya hanya mahu fokus kerjaya saya sekarang, iaitu menyanyi dan berlakon. Jauh sekali mahu jadi ahli politik,” katanya.

Bella berkata demikian sempena sidang media drama muzikal FYP di Wisma TV, Angkasapuri petang semalam.

Bella sementara itu mengakui dia sedar bukan semua netizen yang menerima baik kekerapannya memuat naik kandungan bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq di media sosial.

“Saya faham, ada yang tak selesa. Tapi, saya sekadar menjalankan tugas yang diamanahkan client.

“Membuat kandungan dan muat naik dalam media sosial adalah sebahagian kerja  dipertanggungjawabkan kepada saya.

“Saya harap netizen faham yang saya hanyalah mencari rezeki,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN