‘Tidak perlu jadi sempurna untuk diterima oleh manusia’ - Utusan Malaysia

‘Tidak perlu jadi sempurna untuk diterima oleh manusia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kau tidak perlu jadi sempurna untuk diterima oleh manusia.”

Demikian nasihat pelakon, Puteri Sarah Liyana agar setiap individu belajar untuk menerima kekurangan diri demi memperoleh ketenangan hati tanpa tekanan untuk meraih penerimaan orang sekeliling.

Kata Sarah, perkara itu secara tidak langsung membantu untuk seseorang individu berkembang secara positif bahkan bahagia menjalani kehidupan tanpa perlu memuaskan hati orang lain.

“Hiduplah dengan tenang. Kau tidak perlu buktikan apa-apa pun kepada semua orang.

“Asalkan kau gembira, kau berkembang dan pulih sudah mencukupi. Cari apa yang buat jiwa kau rasa hidup,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, pelakon Andai Itu Takdirnya itu turut memuat naik fotonya bersama keluarga tersayang ketika bercuti di Korea Selatan.

Dalam masa sama, Sarah juga menyarankan setiap individu untuk menghargai momen bersama keluarga tersayang meskipun terlihat kecil pada pandangan sesetengah pihak.

Tidak terhenti di situ, pelakon itu turut berpesan agar setiap individu tidak lupa untuk mengutamakan diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat kebaikan kepada orang lain.

“Hargai momen kecil yang kadang orang lain tak pandang, tapi bagi kita, itu antara yang paling bermakna.

“Teruskan membuat kebaikan, tapi jangan sampai lupakan diri sendiri. Boleh jadi baik tapi jangan sampai hilang arah kerana terlalu meletakkan orang lain terlebih dahulu dari diri sendiri,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN