KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak seharusnya meletakkan jawatan semata-mata desakan sekelompok kecil dan bukannya melalui saluran formal yang diambil secara konsensus. Pemimpin veteran Bersatu, Tan Sri Rais Yatim berkata, tindakan segelintir pihak yang mahu Muhyiddin berundur tidak mengambar asas perjuangan parti yang ditubuhkan untuk membela nasib orang Melayu Islam dan rakyat keseluruhan. “Saya sebagai orang lama politik yang sudah lama di bawah…