KUALA LUMPUR: Tiada pelajar Malaysia yang terlibat dalam rusuhan yang berlangsung di beberapa lokasi di Jakarta, Indonesia sejak 25 Ogos lalu. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kementerian sentiasa memantau rapat perkembangan di negara jiran itu bagi memastikan aspek keselamatan pelajar terpelihara. Beliau berkata, kira-kira 1,200 pelajar negara ini menyambung pengajian di pelbagai universiti di seluruh Indonesia. “Kita sedang mengikuti secara langsung dan secara dekat bersama-sama…