Terpaksa jadi garang sikit, bukan nak jadi isteri derhaka - Isteri Aliff Syukri

Terpaksa jadi garang sikit, bukan nak jadi isteri derhaka – Isteri Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan berjaya, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila masih lagi ingin berniaga walaupun baru sahaja selesai menjalani pembedahan.

Menerusi perkongsian di Instagram isterinya Datin Nur Shahida, suami tercinta tetap berkeras mahu membuat siaran langsung untuk mempromosikan produk mereka sejurus selepas keluar daripada bilik pembedahan.

Menurut Shahida masalah pinggang yang dihadapi suaminya berpunca daripada insiden jatuh motor ketika berada di kebun durian kira-kira tiga tahun lalu.

Pada mulanya disangka hanya slip disc, namun pemeriksaan mendapati tulang pinggangnya sebenarnya patah dan semakin memburukkan keadaan sehingga memerlukan pembedahan.

“Malam tadi lepas keluar OT, langsung tak bercakap sebab menahan sakit. Tapi pagi-pagi buta pukul 5.30, dia celik mata terus cari PA nak suruh buat live.

Risau dengan kesihatan dia, saya memang tak bagi. Terpaksa jadi garang sikit, bukan nak jadi isteri derhaka. Lepas tu, terus tidur balik sebab merajuk.” ujar Shahida menerusi hantaran Instagramnya.

Ramai yang memuji sikap rajin dan tanggungjawab Aliff sebagai ketua keluarga yang sentiasa mengutamakan rezeki untuk anak isteri, walaupun kesihatan sendiri terjejas.

Malah, rata-rata menitipkan doa agar bapa kepada enam cahaya mata itu segera sembuh ke sedia kala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN