Terowong Menora rekod 3,000 saman AwAS sehari

Terowong Menora rekod 3,000 saman AwAS sehari

MUHAMMAD KIFLI MA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Terowong Menora di Lebuhraya Utara Selatan di Ipoh, Perak merekodkan 3,000 saman setiap hari melibatkan kesalahan trafik yang dikesan menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS).

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli  Ma Hassan berkata, jumlah itu berpandukan kepada data yang diperoleh agensi berkenaan.

Katanya, notis saman tersebut paling banyak direkodkan pada waktu puncak terutama semasa musim perayaan atau cuti persekolahan.

“Setakat ini, kesalahan melibatkan had laju yang direkodkan oleh kamera AwAS di kedua-dua arah di Terowong Menora mencecah 3,000 notis saman setiap hari. Jumlah itu sekali gus menjadikan Terowong Menora merupakan satu lokasi yang paling tinggi merekodkan notis saman AwAS,” katanya semasa Op Khas Gempur Kenderaan Perdagangan di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur, di sini malam tadi. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN