TAWAU: Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN17) Sabah, UMNO Kalabakan tampil dengan inisiatif yang lebih santai bagi dekati rakyat DUN N71 Tanjung Batu melalui penubuhan TEGAR71. TEGAR71 adalah singkatan bagi teh dan sanggar (pisang goreng) diwujudkan bukan sekadar untuk menggerakkan kempen politik, malah berperanan menyantuni pengundi di setiap lokaliti dan daerah mengundi. Ketua UMNO Kalabakan, Samasuddin Yusop berkata, inisiatif ini melambangkan suasana santai, mesra dan kemasyarakatan yang mencirikan kehidupan orang di…