Tiada sesiapa pun mahu digelar obes kerana ia bukan saja menjejaskan penampilan diri tetapi banyak lagi kesan sampingan khususnya ke atas kesihatan diri seperti penyakit kronik yang boleh membawa maut. Namun niat sahaja tidak mencukupi untuk keluar daripada obesiti atau berat badan berlebihan, sebaliknya memerlukan kesungguhan dalam mencapai berat badan ideal dan bukan sekadar diet serta bersenam. Justeru, sebelum sebarang rawatan atau intervensi dimulakan, kesediaan pesakit untuk berubah amat perlu.…