KLUANG: Berkat usaha seorang penduduk Taman Kiaramas di sini, tanah seluas kira-kira tiga ekar yang sebelum ini terbiar dan dipenuhi semak, berubah menjadi kebun komuniti tani, sekali gus memberi sumber pendapatan lumayan kepada beberapa keluarga. Zainal Abidin Ariffin, 67, berkata, kebun yang diusahakan sejak lima tahun lalu bukan sahaja mampu menampung perbelanjaan keluarganya, malah turut memberi manfaat kepada lima ketua keluarga lain yang sama-sama bergotong-royong. Menurutnya, projek tersebut mendapat kelulusan…