KOTA BHARU: Tiada sebarang cadangan untuk menuduh mana-mana individu berhubung kes kematian remaja, Zara Zara Qairina Mahathir setakat ini memandangkan prosiding inkues masih berjalan. Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, tumpuan ketika ini adalah kepada keterangan lima pelajar perempuan yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan. “Setakat ini, tiada cadangan menuduh mana-mana suspek dan sebarang keputusan hanya dibuat selepas inkues selesai. Ketika ini, inkues sedang berjalan lancar berdasarkan keterangan doktor…