JERANTUT: Burung hantu yang dilepaskan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kelmarin berterbangan bebas di langit Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak (PPPTR), Sungai Tekam di sini, menjadi simbol ‘askar senyap’ yang bakal melindungi ladang kelapa sawit daripada serangan tikus. Aksi penuh santai namun sarat makna itu disaksikan tetamu kehormat dan warga peneroka, seolah-olah memberi isyarat bahawa kawalan alam semula jadi adalah benteng terbaik dalam memastikan hasil sawit…