Sultan Nazrin sebak titip doa agar rakyat dijauhkan perpecahan - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin sebak titip doa agar rakyat dijauhkan perpecahan

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah bertitah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat negeri Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebak ketika menitipkan doa agar rakyat sentiasa hidup dalam suasana penuh kasih sayang, bersatu padu dan dijauhkan daripada segala bentuk perpecahan serta permusuhan.

Bertitah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat negeri di Casuarina@Meru di sini hari ini, baginda memohon kepada Allah SWT supaya menyatukan hati umat, memperbaiki hubungan sesama manusia dan menyelamatkan mereka daripada kegelapan.

“Ya Allah, satukanlah hati-hati kami, perbaikilah hubungan antara kami, selamatkanlah kami daripada kegelapan jahiliyah.

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, kurniai kami taufik dan hidayahmu dan sinarilah jiwa kami dengan cahaya iman dan takwa.

“Jadikanlah kami umat yang bersatu, saling menyayangi, menghormati dan bekerjasama dalam kebaikan.

” Jauhkanlah kami daripada perpecahan, permusuhan dan kebencian. Tautkan hati-hati kami dengan iman dan kasih sayang keranamu Ya Allah,” doa baginda.

Berangkat sama pada majlis tersebut Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd. Annuar Zaini dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN