JITRA: Sepasang suami isteri maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di bulatan Jitra berdekatan Hospital Jitra, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 60-an itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialami. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Hino yang membawa muatan simen dengan motosikal…