GEORGE TOWN : Polis Pulau Pinang berjaya membongkar satu lokasi yang dipercayai digunakan sebagai stor pembungkusan dadah jenis serbuk Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) yang dianggarkan bernilai lebih RM1.1 juta hasil empat serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini. Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail berkata, dalam serbuan tersebut, tiga lelaki bersama seorang wanita tempatan yang berusia antara 30 hingga 33 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan. Menurut beliau, serbuan itu dilakukan oleh…










