MELAKA: Seorang kakitangan sebuah universiti awam di negeri ini direman lima hari bermula hari ini selepas disyaki menyalahgunakan wang persatuan sebanyak RM84,500 bagi membayar kos guaman dan perintah mahkamah isterinya, tahun lalu. Perintah reman sehingga 7 September itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd. Ghani terhadap suspek berusia 47 tahun bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Suspek tiba di pekarangan mahkamah di sini…