PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain kebangsaan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata beliau sudah mengarahkan pasukan siasatan untuk mengadakan pertemuan dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam masa terdekat. “Saya akan menghantar pegawai saya secepat mungkin daripada bahagian siasatan yang diketuai oleh pengarah dan bahagian siasatan Datuk Zainul Darus untuk berjumpa ataupun berkomunikasi…