PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa sembilan lagi individu berhubung siasatan kes pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan projek Lebuhraya MEX II. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua mereka dipercayai terbabit dengan transaksi kewangan yang dikaitkan dengan Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed. “Kami jangka mereka akan dituduh selewat-lewatnya hujung bulan ini,” katanya pada sidang…