KEPALA BATAS : Pasangan kembar ini pernah mengimpikan untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM) bersama-sama. Impian tersebut akhirnya tercapai apabila salah seorang daripada mereka berjaya memperolehi pengecualian yuran melalui program Siswa Sulung USM. A’jwaa Abdul Hadi, 20, ditawarkan untuk mengikuti program Sarjana Muda Sains Gunaan (Agrobiologi/Bioteknologi/Biologi Persekitaran/Entomologi & Parasitologi) manakala kembarnya, Najwaa, juga bakal melanjutkan pengajian di universiti yang sama dalam bidang Sarjana Muda Sains Matematik dengan Kepujian.…