PETALING JAYA: Singapura hari ini meneruskan hukuman gantung sampai mati terhadap warganegara Malaysia, K. Datchinamurthy, 39, atas kesalahan menyeludup dadah ke republik berkenaan. Menurut kenyataan Biro Narkotik Pusat (CNB), hukuman mati terhadap Datchinamurthy telah dilaksanakan hari ini meskipun terdapat rayuan daripada ahli keluarga dan pertubuhan hak asasi manusia. Katanya, Datchinamurthy disabitkan kesalahan memiliki dadah untuk tujuan pengedaran iaitu tidak kurang daripada 44.96 gram diamorphine atau heroin tulen. “Akta Penyalahgunaan Dadah…