KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan sindiket penjualan kandungan pornografi bayi dan anak-kanak dalam platform aplikasi Telegram serta dark web yang ditumpaskan baru-baru ini mempunyai jaringan antarabangsa. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, terdapat maklumat daripada pihak berkuasa luar negara mengenai aktiviti penjualan kandungan pornografi membabitkan kumpulan ini. Katanya, banyak rakaman video dan gambar penganiayaan seksual kanak-kanak telah dimuat naik di dalam dark web tertentu…