MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah menyiasat kemungkinan wujud elemen hasutan politik susulan serangan terhadap Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jika wujud elemen tersebut, pihak berkuasa perlu memastikan dalang atau pelakunya dibawa ke muka pengadilan. Katanya, beliau telah menghubungi Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid…