MELAKA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh bagi menyelesaikan isu berbangkit termasuk hasrat UMNO mahu bertanding solo. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka. Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, dalam tempoh setahun menjelang pilihan raya negeri (PRN), Pakatan Harapan (PH) dan BN perlu bekerja keras bagi memastikan mesej dan program dilaksanakan…