KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyerang Ketua Polis Daerah Dang Wangi sehingga mencederakan penjawat awam berkenaan di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru di sini, hari ini. Anwar menyifatkan insiden itu sebagai perbuatan keji yang tidak boleh diterima, sekali gus menegaskan pihak berkuasa perlu segera menjalankan siasatan serta memberkas dalang terlibat. “Kerajaan hormat hak untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian dan…