KEMAMAN: Serangan siber terhadap pakar perubatan yang menjalankan tugas secara profesional adalah tidak wajar dan hanya mencemarkan martabat profesion perubatan di negara ini. Justeru, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kementeriannya memandang serius isu serangan siber terhadap Pakar Patalogi Forensik, Dr. Jessie Hui susulan keterangan yang dibuatnya mengenai inkues kematian Zara Qairina di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah. “Saya memandang serius isu pembulian siber yang menimpa Dr. Jessie.…