ARAU: Sindiket penyeludupan lebih aktif menggunakan laluan sah berbanding lorong tikus bagi membawa masuk senjata api ke negara ini. Ketua Polis negeri, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, pihaknya mengesan wujud sindiket menggunakan laluan seperti di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dengan pelbagai kenderaan termasuk kereta persendirian, kereta sewa dan lori. Katanya, senjata api yang dibawa masuk itu terlebih dahulu dileraikan itu kemudian dibungkus dan disorok bersama barangan lain…