KOTA BHARU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tidak menolak kemungkinan aktiviti penyeludupan lembu dan kambing di kawasan sempadan Malaysia-Thailand mempunyai kaitan dengan sindiket dadah. Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, masalah itu salah satu daripada tiga isu besar berkaitan penyeludupan haiwan ruminan yang dikenal pasti Jabatan Perkhidmatan Veterinar. “Kita lihat Kelantan merupakan negeri yang tinggi kadar penyeludupan serta penggunaan dadah dan kita tidak tahu apa yang berlaku di kampung-kampung,…