Selain suami, hanya pengurus dibenarkan memandu kereta yang saya naiki - Catriona Ross - Utusan Malaysia

Selain suami, hanya pengurus dibenarkan memandu kereta yang saya naiki – Catriona Ross

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemalangan 18 tahun lalu membuatkan pelakon dan pengacara, Catriona Ross tidak mudah memberi kepercayaan kepada mana-mana individu lain untuk memandu kendeeraan yang dinaikinya.

Malah kata pelakon yang mesra disapa Cat ini, dia lebih memilih untuk memandu sendiri atau hanya membenarkan suami serta pengurusnya untuk membawa kereta.

“Saya hanyalah penumpang ketika kemalangan itu berlaku 18 tahun yang lalu. Banyak perkara yang saya tidak tahu mengenainya kerana ketika ia belaku saya tertidur dan hanya sedarkan diri selepas pembedahan.

“Disebabkan insiden itu, saya sampai hari ini was was untuk naik kenderaan yang dipandu orang lain, melainkan dipandu suami atau pengurus saya.

“Saya lebih rela memandu sendiri dan kalau penat sekalipun, saya akan berehat dan buat pelbagai cara untuk segarkan diri agar saya boleh teruskan pemanduan,” katanya.

Catriona berkata demikian sempena tayangan dan sidang media filem Srikandi di GSC Starling, baru-baru ini.

Pada April 2007, kereta yang dinaiki Catriona bertembung dengan sebuah lori di lebuh raya Utara Selatan.

Pelakon itu yang tercampak keluar kenderaan ketika kemalangan berlaku mengalami patah tangan dan kedua belah kaki selain cedera di kepala dan badan.

Catriona tidak menafikan insiden tersebut masih meninggalkan sedikit kesan terhadap emosinya sehingga ke hari ini.

“Memanglah mengerikan bila teringat balik. Bayangkan, saya lalui 14 bulan yang panjang  sebelum mampu berjalan semula tanpa bertongkat atau berkerusi roda.

“Kalau bukan kerana semangat kuat, mungkin saya akan ambil masa lebih lama untuk pulih. Ini kerana prosesnya sangat sukar dan memcabar.

“Tapi Alhamdulillah hari ini saya mampu berjalan secara normal, berkahwin dam berkeluarga serta berlakon semula,” kongsinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN