KUALA LUMPUR: UMNO tidak mencampuri masalah dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini terdapat usaha daripada 120 Ketua Bahagiannya untuk mengubah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, partinya kekal berkecuali serta menghormati hak Bersatu untuk menyelesaikan kemelut kepimpinan sendiri. “Setakat ini kita ambil pendirian tidak akan campur tangan dalam urusan parti-parti lain dan kita ucapkan selamat maju jaya di dalam sebarang…