Saya bertuah kerana masih diberi peluang menyanyi - Aishah - Utusan Malaysia

Saya bertuah kerana masih diberi peluang menyanyi – Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur kerana diberi kemampuan untuk menyanyi sampai sekarang.”

Demikian perkongsian penyanyi, Datuk Aishah Wan Ariffin, 58, yang perjalanan kariernya kini sudah berusia lebih empat dekad.

Kata Aishah, minat dan kecintaan terhadap dunia nyanyian membuatkan beliau bertahan sampai ke hari ini.

“Saya sangat bertuah sebab Allah masih beri peluang kepada saya untuk meneruskan kerjaya nyanyian.

“Jika diamati, tidak ramai penyanyi seangkatan saya yang masih merakamkan lagu dan hasilkan album.

“Tapi kita pun tak tahu sampai bila mampu bertahan.

“Saya bersyukur kerana terus diberi peluang. Saya seronok menyanyi, ini antara kelebihan yang Allah berikan kepada saya,” katanya yang muncul dengan single baharu, Taman Keabadian.

Penyanyi lagu Janji Manismu ini dalam pada itu mengakui meskipun berpengalaman dalam bidang nyanyian, dia tetap perlu bekerja keras untuk kekal relevan.

“Pasaran muzik sudah berubah dengan rancaknya perkembangan teknologi dan platform media sosial sebagai medium utama.

“Mencabar buat saya untuk menguasai platform dalam talian. Mahu atau tidak, saya harus mengikuti dan memahami serba sedikit teknologi sekarang.

“Ibaratnya, walaupun berpengalaman dalam nyanyian, saya bermula dari bawah untuk tembusi pasaran muzik sekarang,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN