PETALING JAYA: Pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 secara sekali beri kepada individu berusia 18 tahun ke atas bukanlah penyelesaian tunggal, sebaliknya antara langkah tambahan kerajaan untuk membantu rakyat berdepan tekanan kos sara hidup. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan yang disalurkan pada 31 Ogos lalu adalah pelengkap kepada program MySARA dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sedia ada. “Kita bercakap soal SARA, memang ada yang mencemuh kata RM100…