KUALA NERUS: Bantuan baucar buku dan terkini Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 pada tahun ini melegakan golongan mahasiswa yang bukan sahaja membantu meringankan beban mereka, malah ada memanfaatkannya untuk tujuan lebih produktif. Jika sebelum ini pelajar universiti hanya layak menikmati baucar buku, kini mereka boleh menggunakan bantuan tersebut untuk membeli barangan asas sekali gus meringankan beban kewangan. Lebih menarik, ada dalam kalangan mahasiswa yang menjadikan SARA sebagai modal kecil…










