Sanggup berhabis duit demi ayam ‘jangok’

Sanggup berhabis duit demi ayam ‘jangok’

MOHD. ROSDY Mohd. (tengah) dan Hafnizan Abdul Wahab (kanan) bersama ayam ‘jangok’ masing- masing di Kampung Dusun, Hulu Terengganu, semalam. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Lain padang lain belalang, lain orang lain caranya. Peribahasa ini sesuai menggambarkan peminat-peminat ayam ‘jangok’ (cantik) yang sanggup berhabis duit setiap bulan demi minat serta kepuasan memastikan kecantikan fizikal unggas kesayangan peliharaan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang peminat ayam ‘jangok’, Mohd. Rosdy Mohd., 50, memperuntukkan ratusan ringgit sebulan untuk penyediaan makanan ayam-ayam ‘jangok’ miliknya termasuk multivitamin bagi memastikan bulu kekal berkilat, cantik dan sihat.

Peniaga kedai runcit di Kampung Beladau Kolam, Manir itu berkata, dia mula berjinak memelihara ayam jangok kira-kira lapan tahun lalu dan kini mempunyai 30 ekor ayam ‘jangok’.

“Penjagaan ayam ‘jangok’ ini tidaklah begitu sukar tetapi ja­ngan ambil mudah. Ia memerlukan makanan yang cukup bagi memastikan pembesaran dan pertumbuhan bulu cepat dan menarik.

“Selain dedak, jagung dan gandum, saya berikan vitamin serta minyak ikan. Induk jantan ayam yang dibawa me­nyertai pameran atau pertandingan pu­la diberi lebih penjagaan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum, selain perlu dibelai setiap hari bagi pastikan ia jinak.

“Kawasan reban perlu dicuci secara berkala dan ayam perlu dimandikan beberapa kali seminggu. Sepanjang hobi memelihara ayam jangok ini, sudah lapan ekor ayam mati disebabkan pelbagai faktor termasuk stress,” katanya ketika ditemui di Kampung Dusun, di sini.

Menurut Mohd. Rosdy, walaupun hobinya itu menuntut perbelanjaan serta komitmen yang agak tinggi, ia memberikan kepuasan tersendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN