BESUT: Keputusan seorang pemuda mengekalkan resipi warisan bapanya sejak 1983 membolehkannya menjual sehingga 2,000 biji kuih pau sehari. Mohd. Faris Sulaiman, 40, dari Jerteh di sini berkata, resipi kuih tradisional Cina yang diperbuat daripada doh tepung dan yis diwarisi daripada bapanya Sulaiman Yacob, 72, digunakan dalam perniagaan pau diusahakan bersama tiga adik-beradiknya. “Resipi membuat pau ini turun temurun daripada ayah saya. Beliau mempelajarinya daripada seorang rakan kaum Cina dan menjalankan…