PETALING JAYA: Nabi Muhammad bukan sahaja memiliki peribadi unggul, malah baginda merupakan simbol perpaduan dan pemimpin dihubungkan dengan Madinat al-Nabi yang sarat dengan nilai. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepimpinan Rasulullah di Madinah telah meletakkan asas-asas kemadanian seperti martabat insan, prinsip keadilan dan kedaulatan hukum, nilai ilmu dan akhlak serta kemanusiaan berasaskan nilai keagamaan. Katanya, Madinah mengisyaratkan tamadun kekotaan didasari petunjuk wahyu dan mengakari asas tauhid serta membayangkan…










